Thursday, November 24, 2016

8 Prosedue sebelum ke dewan bedah yang perlu anda tahu.

TOLONG LAH JANGAN MELENTING / NAIK ANGIN / BENGANG APABILA JURURAWAT NAK INTERVIEW ‘SOALAN BODOH’ SEBELUM ANDA MASUK KE DEWAN BEDAH.SEBAB BAGI ANDA ITU ADALAH PERKARA BODOH TAPI IA SEBENARNYA SANGAT MEMBANTU DALAM MENYELAMATKAN NYAWA ANDA.
Update status / selfie / 3G sebelum nak masuk dewan bedah boleh , takkan jururawat nak tanya soalan sikit pun nak melenting ?
Bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan , sebelum kami menghantar anda ke dewan bedah , kami diwajibkan untuk bertanyakan beberapa soalan yang agak ‘bodoh’ dan berulang-ulang yang wajib anda jawab.Tak kira anda suka atau tidak dengan soalan-soalan tersebut , anda harus memberikan jawapan kepada kami dengan jujur dan tepat.Ia dikenali sebagai “PRE-OPERATIVE CHECKLIST”
Ini sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang ‘error’ atau kesilapan sepanjang proses menghantar pesakit ke dewan bedah sehinggalah pembedahan selesai.Selain itu ,pastinya dapat mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi semasa pembedahan dijalankan.
Yang menjaga pesakit di wad (adik,abang,kakak,makcik,pakcik,jiran) kepada pesakit tak perlu lah sibuk-sibuk nak tolong menjawab sebab kami hanya memerlukan jawapan daripada mulut pesakit itu sendiri melainkan pesakit adalah berumur 18 tahun ke bawah di mana ‘Consent’ (Keizinan Pembedahan) mereka ditandatangani oleh ibu-bapa atau penjaga masing-masing.

Image result for before go to operation theater anime
7 ‘SOALAN YANG ANDA ANGGAP BODOH’ YANG JURURAWAT AKAN TANYA SEBELUM ANDA MENJALANI SEBARANG PEMBEDAHAN.
* • 1-Nama – Walaupun anda sudah seminggu menginap di wad,walaupun kami dah kenal dan ingat nama , anda tetap perlu menjawab soalan ini kerana kami memerlukan untuk counter/double check samaada nama yang anda sebutkan adalah sama dengan yang tertera pada ‘consent’ (Keizinan Pembedahan) / sama dengan wrist tag (gelang tangan) anda.Nampak macam bodoh , tapi kalau silap Nampak tak komplikasi nya macamana ?
* • 2-Consent – Kami perlu memeriksa keizinan pembedahan , memastikan semua yang terdapat pada keizinan pembedahan tersebut adalah seperti yang telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pesakit.
Contohnya : Pembedahan apakah yang ingin dijalankan ? Pada anggota mana ? (Kaki/tangan/perut? Tarikh pembedahan , Nama dan No pengenalan diri yang betul serta pesakit perlu memastikan tandatangan adalah yang diturunkan oleh pesakit sendiri atau penjaga / waris yang menjaga.
* • 3 - Bahagian yang ingin dibedah – Memastikan bahagian yang ingin dilakukan pembedahan samaada anggota sebelah kanan atau kiri.(Takut nanti nak potong kaki kiri terpotong kanan) Contoh kalau pembedahan tersebut adalah pada bahagian kaki.
* • 4 - Memeriksa samaada kawasan yang ingin dibedah di TANDA (Marked)
* • 5 - Status diet –Kami perlu memastikan dengan tepat samaada pada masa tersebut anda sedang berpuasa (NBM)/NIL BY MOUTH / dibolehkan minum air kosong sahaja atau TIDAK BERPUASA ? Pada jam berapa anda berhenti mengambil sebarang diet ? Anda ada merokok atau tidak ? Ini penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa pesakit menjalani pembedahan.Contoh – Aspiration Pneumonia di mana komplikasi pada paru-paru disebabkan tersedut bahan-bahan seperti makanan ke dalam salur pernafasan.Salur pernafasan block,then…pandai-pandai fikir sendiri.
(Sebab tu Misi dan doktor sangat marah kalau kami minta anda BERPUASA tetapi anda bantai makan di belakang kami.Tak cukup dengan itu,anda tipu kami cakap anda puasa semasa sesi bertanya soalan ini sedangkan anda TIDAK BERPUASA.Kalau kami dapat kantoikan anda tak puasa,so jangan lah marah kami kalau pembedahan anda ditunda keesokan harinya.Dah lah kena tunda,kena pulak puasa satu round lagi) Kesian kan ?
* • 6 - GIGI PALSU/BARANG KEMAS/CONTACT LENSES – Kami perlu memeriksa samaada anda memakai gigi palsu / barang kemas / contact lens.Jika ada,anda perlu menanggalkan kesemua barang tersebut bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dalam proses pembedahan dijalankan.Pewarna kuku (cutex) perlu juga ditanggalkan dan perlu memaklumkan kepada kami jika ada terdapat gigi yang goyang.
Segala barang besi tidak digalakkan kerana dikhuatiri kulit anda akan terbakar disebabkan penggunaan alat untuk 'membakar' atau menghentikan perdarahan di dalam dewan bedah adalah dari sumber elektrik.
(Janganlah malu nak mengaku pakai gigi palsu,nak cover macho/ayu anda menipu dan membahayakan kesihatan anda sendiri)
* • 7 - Ubatan (Premedication)-Memastikan anda ada mengambil sebarang ubatan sebelum / beberapa jam sebelum pembedahan.Memberi ubatan (ubat tidur) kepada anda seperti yang diarahkan doktor bius mengikut dosej yang ditetapkan.(JIKA ADA) Ini membantu anda 'berehat' atau dapat tidur sebentar semasa pembedahan dijalankan.
* • 8-10.Jururawat memeriksa segala keperluan dan fail anda adalah sempurna.
Contohnya : Beg darah yang ingin dibawa ke dewan bedah adalah cukup (Jika pembedahan memerlukan pesakit menerima transfusi darah akibat berlaku pendarahan yang banyak semasa pembedahan / Xray pesakit-contoh xray dada bagi pesakit yang berusia / fail kemasukan pesakit ke wad yang terdahulu (JIKA ADA) / Memeriksa tekanan darah dan nadi pesakit sekali lagi sebelum ke bilik pembedahan / Bertanya samaada pesakit mempunyai sebarang ‘alergi’ ke atas ubat-ubatan.
*Sebarang keabnormalan dan masalah kami akan terus laporkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan seterusnya.Jika tiada sebarang masalah berbangkit…
DAN,barulah kami boleh meneruskan perjalanan menghantar anda ke dewan bedah dengan hati yang girang.
Jangan gembira sangat ye,sebab nanti kat dewan bedah anda akan ditanya sekali lagi soalan yang sama oleh jururawat bertugas di dewan bedah pula =) Stress kan ?
Jangan risau dan stress sangat sebab semua tu kami buat untuk kepentingan diri anda sendiri.Dan DOA kami sentiasa bersama supaya pesakit kami kembali ke wad dengan selamat dan gembira.
*Penerangan ini adalah bagi jabatan surgikal/pembedahan.Setiap jabatan mempunyai prosedur yang berbeza.

Sumber : KKM D.o.N

Wednesday, November 23, 2016

Atasi sembelit semasa berpantang. Ikut 7 cara mudah ini....

DIBELENGGU PERUT MEMULAS,FESES PULA TAK NAK KELUAR BAGI IBU-IBU LEPAS BERSALIN YANG ADA LUKA JAHITAN (EPISIOTOMI)😰
-------------------------------------------------
Pastinya hampir semua ibu yang mempunyai luka jahitan episiotomi selepas melahirkan mempunyai masalah yang amat menyeksakan ini.
Menjawab pertanyaan seorang ibu yang baru sahaja 3 hari selamat melahirkan , tentang ubatan atau cara bagi memudah dan mempercepatkan pengeluaran feses/air besar.
1. Bagi ibu-ibu/bakal ibu , semasa HAMIL seeloknya melebihkan meminum air , memakan sayuran dan makanan yang tinggi zat fiber bagi membantu anda mudah untuk membuang air besar.Juga sebagai persediaan melalui hari yang mendatang di mana anda pasti akan mengalami kesukaran dalam pembuangan feses/ sembelit yang boleh memberi kesan kepada jahitan (mudah terbuka)

Image result for syrup lactulose2•Sebaiknya , sebelum discaj , minta lah para suami anda untuk membeli siap-siap ubatan untuk melawaskan dan mencairkan najis sebagai persediaan kelak. Contoh : Syrup Lactulose.

3•Untuk tindakan "kecemasan" dalam tandas bagi menangani masalah puan tersebut adalah meminta suami terus ke farmasi berdekatan , membeli satu ubatan iaitu "ravin enema".Mengambil ‘Ravin Enema’ segera yang mana ia memberikan effect yang sangat cepat dengan membantu dan membuatkan si ibu rasa hendak meneran langsung membantu pengeluaran feses dengan cepat.Ini adalah cara terbaik walaupun pengambilan Ravin Enema adalah satu perkara yang amat menyeksakan.
Related image
Cara menggunakan Ravin Enema inshaallah ahli farmasi akan terangkan siap-siap/atau anda boleh google.

Tuesday, November 22, 2016

Pemberian "time slip' oleh kakitangan kesihatan


DRAMA "TIME SLIP"😂

Baru tiba dan nampak muka setengah jam di wad.Misi,nak timeslip boleh?Saya nak bagi majikan sebab saya jaga ayah saya hari ni.

Time slip adalah satu dokumen yang dikeluarkan sebagai bukti anda pergi mendapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan untuk diberikan kepada majikan anda pada sekian masa,sekian tarikh dalam waktu bekerja yang mana ia dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertugas.Time slip akan dikeluarkan kepada mereka yang berikut :

•Yang tidak BERKELAYAKAN untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC).😎

•Ibu bapa yang meninggalkan waktu bekerja untuk membawa anak mendapatkan rawatan di hospital / klinik layak dipertimbangkan utk pemberian time slip.

Maksimum pemberian time slip adalah selama 4 jam.

TAPI,👀

Berlainan pula di wad-wad hospital kerajaan,time slip hanya dikeluarkan kepada anda yang menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan kemasukan ahli keluarga ke wad hospital kerajaan bertujuan memaklumkan kpd majikan bahawasanya anda telah menggunakan masa bekerja tersebut untuk menguruskan ahli keluarga di hospital.

Sunday, November 20, 2016

#Bahaya_Menggoncang_Bayi



#Bahaya_Menggoncang_Bayi

"Eeee.. Geram aku dengan Baby Dahlia ni. Rasa nak gigit-gigit sahaja." Kata Alia kepada kakaknya yang baru 40hari melahirkan itu.
Sambil tangan mendukung Dahlia, Alia mengacah-ngacah dan menggoncang-goncangkan anak buahnya bagi tujuan mengagah..
Kekiri kekanan kepala anak buahnya yang masih belum kuat itu mengikut rentak getar tangan bapa saudaranya. Dari kelihatan tertawa kegelian, Baby Dahlia mula menangis serta merengek. Tangisan bertambah kuat apabila Dahlia mula diletakkan di 'cot'nya.
Sangka ibu Dahlia, bayinya menangis kerana keletihan ekoran tidak putus-putus menerima lawatan rakan-rakan ibunya sempena kelahirannya yang telah 3 tahun ditunggu-tunggu.
Tapi menjelang tengah malam; Dahlia mula muntah-muntah, menolak untuk disusukan selain kelihatan sukar untuk bernafas.
------
Gejala diatas dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome. 95% kejadian berlaku kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Ia merupakan perdarahan yang berlaku di bahagian luar otak kana-kanak yang berumur 2 tahun kebawah dipanggil 'Subdural Haemorrhage'. Ia dikenalpasti beserta dengan keretakan tulang dada dan perdarahan di dalam mata.

Perkara ini boleh terjadi kerana kanak-kanak/bayi mempunyai kawalan leher yang lemah disebabkan tekanan kuat yang diberi lalu menyebabkan kecederaan. Goncangan kuat menyebabkan gegaran di bahagian lembut tengkorak lalu memberi tekanan kepada saluran darah di otak - menyebabkan ia pecah lalu berlakulah perdarahan subdural.

Kisah jauh dari Saudi



NURSE SAUDI KESUNYIAN?

Kontroversi belum habis lagi, laporan polis dah dibuat oleh sahabat sy yg menjadi mangsa amarah seorang manusia bergelar MUSLIM. hanya kerana beberapa keraguan. Dan yang paling tragik, bila secara tak langsung beberapa individu berkaitan menjatuhkan
kerjaya Jururawat, Sama2 islam ( saya tknk ckp sama2 melayu sebab melayu macam layu je)pun nak marah.. hiris dgn pisau gilet pun berdarah jugakk. bukan kebal pun kan..


Lupakan Florence Nightingale. Saya nak memperkenalkan seorang Jururawat Islam yang seharusnya menjadi idola yang hakiki dan sejati.

Beliau ialah RUFAIDAH BINTI SA'AT. Rufaidah adalah jururawat terlebih awal beberapa ratus tahun sebelum Florance. Jururawat perang ketika zaman Rasulullah yang merawat ramai panglima perang di zaman Rasulullah. Saya cadangkan angkatlah nama besar ni sebagai idola.
Ayahnya seorang Doktor, memandangkan ayah beliau sibuk mengubati panglima perang yg tercedera, Rufaidah membantu ayahnya merawat. Beliau juga melatih ramai jururawat pada zaman itu.

Sunday, November 6, 2016

Contoh Surat Permohonan Peralatan

Nur Anis Binti Mahamad Pazin,
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM. 11, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Puan Aishah Bt Seman,
Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM.11, JalanPantai,
71050 Si Rusa,Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Puan ,                                                                                                           24 Januari 2011
MEMOHON PERALATAN DAN VIDEO/CAMERA UTK KEGUNAAN PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG DATOK REMBAU,NEGERI SEMBILAN. 

Merujuk perkara di atas, Saya jururawat masyarakat pelatih yang bernama Nur Anis Binti Mahamad Pazin selaku setiausaha bagi Biro Sukan ingin memohon peralatan yang diperlukan untuk  program ini daripada pihak puan bagi memudahkan perjalanan aktiviti pendakian.Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1.      Kamera / video 
2.      Peralatan perkhemahan
3.      Payung

2.          Untuk makluman pihak puan, aktiviti ini akan dijalankan pada 29 Januari 2011 iaitu pada hari Sabtu. Aktiviti ini akan disertai oleh seramai 151 orang pelatih daripada Kumpulan Januari 2011 dengan diiringi oleh 10 orang fasilitator. Aktiviti ini akan bermula pada jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

3.          Oleh yang demikian, saya sebagai wakil dari Kumpulan Januari 2011 amatlah berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak puan amatlah  kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,terimakasih.

Yang Benar,

……………………………………………..
(JMP NUR ANIS BINTI MAHAMAD PAZIN)
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.




**********************************************
Disalin semula dari blog Teh Tarik & Roti Canai