Tuesday, November 22, 2016

Pemberian "time slip' oleh kakitangan kesihatan


DRAMA "TIME SLIP"😂

Baru tiba dan nampak muka setengah jam di wad.Misi,nak timeslip boleh?Saya nak bagi majikan sebab saya jaga ayah saya hari ni.

Time slip adalah satu dokumen yang dikeluarkan sebagai bukti anda pergi mendapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan untuk diberikan kepada majikan anda pada sekian masa,sekian tarikh dalam waktu bekerja yang mana ia dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertugas.Time slip akan dikeluarkan kepada mereka yang berikut :

•Yang tidak BERKELAYAKAN untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC).😎

•Ibu bapa yang meninggalkan waktu bekerja untuk membawa anak mendapatkan rawatan di hospital / klinik layak dipertimbangkan utk pemberian time slip.

Maksimum pemberian time slip adalah selama 4 jam.

TAPI,👀

Berlainan pula di wad-wad hospital kerajaan,time slip hanya dikeluarkan kepada anda yang menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan kemasukan ahli keluarga ke wad hospital kerajaan bertujuan memaklumkan kpd majikan bahawasanya anda telah menggunakan masa bekerja tersebut untuk menguruskan ahli keluarga di hospital.




PERLU INGAT,
Anda tidak boleh sewenang-wenangnya memohon time slip daripada pihak hospital membabi buta tanpa sebab munasabah.

Tidak boleh memohon time slip untuk hampir setiap ahli keluarga.(Kalau boleh nak satu sorang) kalau ada 6 beradik nak 6.Yang menguruskan pesakit di wad hanya seorang sahaja , tetapi yang datang menagih timeslip sampai satu kampung.
Anda rasa?

Jangan gusar.Time slip tu boleh fotokopi.So sorang yang dapat tu kena share lah dengan yang lain.Sama-sama merasa.

•Hanya 1 Time Slip untuk 1 pesakit /tally untuk hari itu SAHAJA ❤️

Sumber : KKM D.o.N

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<