Wednesday, December 3, 2014

Garisan/line pada tudung/topi misi - maksudnya apa serta warga Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum reader.. Ada seseorang yang anonymous bertanya pada saya tempoh hari (dalam beberapa bulan lepas) Apa maksud line yang terlekat kat tudung misi ni. Saya pula tak terfikir selama ni bahawa orang awam tidak mengetahui makna makna yang tersembunyi.. Jadi, macam biasa, saya menggunakan khidmat en google untuk mencari makna maknanya (walaupun saya tau kan) tapi hasil dia kurang memuaskan. Ada yang terkurang dalam definisi kerja mereka. Kali ini, saya akan bawakan senarai pakaian seragam warga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk panduan semua.. Hoho, sesapa yang nak terasa mengular tu, boleh lah berjaga jaga ia selepas ni >.<

Biru
Jururawat U29
Jururawat gred U29 ni ada dua : 1. Yang baru keluar kolej, takde basic dan ditempatkan dimana mana wad/klinik.. Mereka boleh melakukan apa apa aktiviti kejururawatan kecuali tugas yang memerlukan post basic contohnya : menyambut kelahiran atau melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung. Kalau jururawat yang ada post basic dalam Midwife : mereka boleh melakukan prosedur tersebut. Detailnya, jururawat U29 ni adalah tangan kanan para Doktor.. Merekalah yang akan memberi ubat, menulis laporan pesakit, membuat nursing care, even menukar cadar hospital pon. Ada sesetengah dari mereka akan ditempatkan di klinik, biasanya di Jabatan Pesakit Luar, peranannya di sini adalah berkerjasama dengan Penolong Pembantu Perubatan (Medical Assistant).
Tangga gaji untuk tahun pertama kemasukan kerja : RM1687.59 dengan kenaikan gaji RM145.00 setahun.

Ungu
Jururawat Masuarakat U19/U24
Jururawat yang istimewa.. Walaupun ranking dia rendah sedikit dari Jururawat U29 tetapi mereka ni mempunyai kelebihan dalam melakukan prosedur. Jururawat Masyarakat (JM) ni boleh menyambut kelahiran. Hebatkan? Ya.. Saya merasa sangat hebat kerana saya dalam ranking ini.. Sememangnya setiap warna garisan ni ada keisitimewaan dia yang tersendiri, tapi bagi saya kaler ungu ni memang unik.. Mereka inilah sebenarnya yang akan melakukan segala kerja yang orang lain pandang remeh.. Dahulu, JM ditempatkan di wad wad medical/surgical, jauh menyimpang dari major kerja.. Di situ, mereka ambil tanda vital setiap 4jam sekali, kadang kadang ada pesakit yang perlukan 1/2jam sekali, mereka bagi makan pada pesakit yang tak terdaya, mereka yang tukar posisi pesakit supaya tiada kudis tekanan, mereka tukar cadar, mereka buang urin, mereka tukang tukar pampers.. Itu cerita dulu, sekarang, mereka kembali ditempatkan di jabatan yang sepatutnya iaitu Jabatan O&G, sama ada di wad atau Labor Room.
Tangga Gaji tahun pertama kemasukan : RM 1286.27 (basic tidak termasuk elaun) dengan kenaikan gaji RM100 setahun.

Kuning
Jururawat Pergigian U29
Jururawat ni biasanya ada di klinik gigi.. Kerja confirm ikut masa office hour 8am-5pm. Kerja mereka biasanya berkaitan rapat dengan kesihatan gigi, yang selalu g sekolah bagi ceramah tentang kesihatan gigi, mengajar cara cara memberus gigi, itu adalah di antara tugas tugas mereka. Nak jadi jururawat gigi ni, syarat utama gigi kena cantik. Kalau gigi macam gigi ikan seperti saya.. Bermimpilah.. Takpun g baiki gigi tu dulu.. Haha.. Sebab saya pernah kena interview untuk jawatan ini. Soalan pertama dia tanya kat saya "adakah anda rasa gigi anda cantik?" Huhu.. Kalau dah gigi spesies gigi ikan jerung, mampu tersengih je la >.< 😋
Tangga gaji tahun pertama kemasukan : RM 1687.59 dengan kenaikan gaji RM 145 setahun.

Oren/Jingga
Pembantu Pembedahan Pergigian U17
Skop tugas mereka lebih kepada membantu Jururawat Pergigian/Doktor Pergigian. Kerja di klinik pergigian juga dengan waktu kerja 8am-5pm.
Tangga gaji tahun pertama kemasukan RM 945 dengan kenaikan gaji RM 95 setahun.

Baju Putih & Seluar Hitam
Penolong Pegawai Perubatan U29 (Medical Assistant)
Lokasi kerap dijumpai adalah di ED (emergency department), ini kiranya kawasan jajahan mereka. Hihi.. Front line yang akan mengikut ke lokasi kemalangan, yang memberi pertolongan cemas, mereka ni serba boleh.. Kira multitasking la... Kalau pasang simen (POP) selain dari doktor, mereka juga boleh buat, bersunat juga serah pada MA.. Kiranya kerjaya MA special sikit walaupun skop tugas lebih kurang macam Jururawat U29, uniknya, mereka boleh menyambut kelahiran jika tiada JM atau Jururawat Midwife. Kalau Jururawat jaga pesakit dalam wad, mereka selamatkan pesakit di ED sebelum dihantar ke wad atau jika di klinik, mereka membantu Doktor. Tangga Gaji lebih kurang dengan Jururawat U29 : RM 1687.59 dengan kenaikan gaji RM 145 setahun.

Ini adalah jawatan jawatan yang paling kerap anda jumpai.. Keluarga kami (KKM) masih adalagi pegawai farmasi (yang memakai kot putih), pegawai perubatan, dietitian (pegawai penasihat pemakanan), penolong pegawai farmasi (pakai seragam warna kelabu), pembantu perawatan kesihatan (semua pakaian putih kecuali kasut hitam), juru-xray, dan pelbagai lagi untuk saya senaraikan.





6 comments:

Nazrin Nazeerah said...

doakan sy supaya dapat latihan kejururawatan di SPA8i ye...

Mohamad said...

Info yg bagus. Sy pun tertanya2 makna warna garis tu. Nak tanya dgn missi rasa malu pulak. Nasib terbaca blog ni. Tp nak tanya pulak. Kenapa ada misi yg guna baju warna biru sb biasanya warna putih.

KoTaK KoSonG said...

Misi yang pakai baju biru tapi ada garisab biru kat tudung/topi dia bermaksud misi senior yang telah naik pangkat.. selepas 7-10 tahun perkhidmatan, dah boleh mohon untuk kenaikan pangkat.. yang itu kita panggil KUP

Nur Faz said...

Kalau misi yg pakai baju seragam biru cair tu sister. Sister ni ketua jururawat dlm satu satu wad. Kalau seragam biru gelap tu matron ketua jururawat dkt satu department. Kira atas lagi dari sisters. Then, yg line ribbon hijau baju nurse putih dulu2 je ada skrg tinggal sikit, ni jururawat bidan (midwife). Yg ni kerja dia sambut baby.

shikin sailun said...

Perkongsian yang sangat baik... baru tau makna semua warna garisan missi....

siti iqkhawida said...

terima kasih untuk perkongsiannya..penerangan ini sangat membantu untuk pengetahuan am.Akhirnya dapat juga mengetahui perbezaan line yangb dipakai oleh jururawat. :)

Post a Comment

thanks for commenting >.<