Sunday, July 13, 2014

Jumlah Jahitan Luka Jahitan selepas Bersalin

Assalamualaikum readers.. Lama nya laman ini bersawang tanpa pemerhatian.. Huhu.. Apa nak buat, misi nya sudah pun menjalankan tugas hakiki. Masa dan commitment lebih kepada tugas pula. Tiada masa untuk bergolek golek di hadapan lappy atau menulis secara rambang melalui Encik Iphone tercinta. "Nurse, berapa jahitan untuk luka saya?" Itu soalan yang acap kali client saya tanya selepas proses bersalin. Saya terkedu, tak tahu nak jawap macam mana, sebabnya menjahit kawasan peribadi wanita tidak sama dengan jahitan luka akibat kemalanganbiasa yang lain yang kita nampak jumlah jahitannya yang macam lipan tu >.<

Untuk pengetahuan, luka semasa bersalin terbahagi kepada beberapa stage iaitu :

1. 1st degree tear (iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina))
2. 2nd degree tear (kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur)




3. 3rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)
4. 4rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter duburdan mukosa dubur)

5. Episiotomy (keadaan luka lebih kurang dengan 2nd degree tear, tetapi kekoyakan ini adalah disebabkan gunting dan bukannya kekoyakan yang semula jadi.)



Kebiasaannya, saya hanya boleh membaiki stage luka pada 1st degree, 2nd degree dan episiotomy sahaja. Sekiranya lebih dari itu, terpaksa menyerahkan kepada yang lebih pakar. Dan benang yang digunakan adalah benang serap sendiri, tak perlu ke klinik untuk membuka jahitan yang terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. 2/0 (ecosorb) panjang benang 90 cm, jarum VH 35mm
2. 3/0 (ecosorb) panjang benang 75 cm, jarum RH 26mm (pendek serta halus sedikit berbanding dengan 2/0, biasanya digunakan untuk kulit perineal atau luka yang sangat sedikit)

Jadi, kesimpulannya, luka puan dijahit dari beberapa bahagian dan benang yang puan nampak dari luar mungkin 3 - 6 jahitan, bergantung kepada kepanjangan luka pada kulit, tetapi itu tidak mewakili semua jahitan yang ada kerana biasanya bahagian dalam juga mendapat jahitan yang lebih kurang banyaknya. Jangan ditanya berapa jahitan, kerana jahitan itu sendiri tidak terkira, luka yang kita dapat dari proses bersalin tidak sama dengan luka di tangan akibat terhiris pisau, kesakitannya pun tidak sama. Mungkin para suami melihat isteri dalam keadaan yang biasa, bahagian peribadi itu tidak dibungkus atau dibalut, tetapi, sebenarnya, itu adalah luka yang lebih teruk daripada luka anda jatuh motor ketika zaman muda anda. Hargai isteri yang sanggup menghadapi kesusahan tersebut tanpa anda merasainya.


19 comments:

Mohammad Uzairi said...

salam, nak tanya skit..
1.klw kt hospital kerajaan boleh pilih tak doktor perempuan untuk check vagina isteri?
2.ade terdapat dalam procedure tak untuk menekan perut ibu mengndung dengan siku ketika proses bersalin. sb ia terjadi pada isteri sy sendiri.. ini link untuk contoh perlakuan tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=pM4rfE67bqE

Mohon penerangan..tq.. ^.^

Anonymous said...

x merbahaya pd si ibu ke jika siku berlaga rusuk2 tu...sy pun ade tgk procedure ni tp di neg China...bagaimana keadaan isteri encik selepas itu? harap ibu dn ank dlm keadaan baik2... encik boleh request dr perempuan tp jaminn bergntung pd hospital..ada yg tak lyn:(

Anonymous said...

Kalu jahitan tu terbuka bhgian dalam adakah boleh bercantum kembali jika tak dijhit smla?

KoTaK KoSonG said...

Hi anonymous... Kalau yang terbuka tu tak bleeding, takpe.. Dia boleh bcantum semula... Kita cuma takut bekas jahitan tu berdarah je

Anonymous said...

Sy pnye kes dh brsalin 14hb 9 tapi jahitan sy ad trbuka..misi kd suruh amik gel je kt klinik brsalin swasta sbb luka sudah kering..sy ad sapu gel tu tp xde kesan..jhtan ttp trbuka..smlm misi kd tu tnye blik cmne luka,sy ckp dh sapu gel tp sm..misi ckp nk tgk blk kalo prlu nk kne repair..cik misi rasa perlu ke repair blik sbb sy xde rasa skit cuma telalu besar bukaan bwh..kalo tgk buku pink jhtan sy 3rd tear..mohon nasihat dr cikmisi plsss..tkt nk kne jht blik..trauma

KoTaK KoSonG said...

Hi anon.. Kalo jahitan terbuka tu besar.. Better g repair.. Sakit mungkin skejap, n nak kna jaga lg.. Tp ni penting utk kebahagian rumah tangga

Anonymous said...

Tktlh cikmisi..xde cre laen lg ke..ya Allah..stress fkir..bole x kalo req nk fully bius chemisi..sy tkt..jht yg brsalin hr tu slm 3 jam pn msih trase..tringat2..trauma chemisi..

KoTaK KoSonG said...

Klo bukaan tu besar, mmg xda cara lain puan... Minta maaf nak tanya, puan bersalin kat mana? Pergi balik ke hospital tu, kalau boleh, request dengan mereka untuk buat "under spinal" maknya, separuh badan puan kena bius.. Tapi itu bergantung pada keadaan, kalau bukaan tu biasa saja, request nurse yg repair.. Insyallah, kadang kadang nurse midwife ni (klo gomen punye) lagi bagus skill dari Dr.. Sbb Dr kami ada banyak kes yang lagi berat, biasanya utk kes sebegini, Dr pelatih yang take over 😊

Anonymous said...

Sy brsalin kt hsza kuala trganu..sy xsure doc pltih atau x tp 3 doc yg trlibat ms proses jahitan tu..sbb doc yg spttny buat tu xle nk wt..die ckp ssh luka dalam n xselari..mybe sbb xbuat epi dulu kn..tp btul ah chemisi nurse myb lbh pndai dr doc sbb ms doc tu xle nk jht die mtk tlg 1 nurse tu tp nurse xnk sbb doc dh wt..btul ke jht xbius lbh elok chemisi..kalo xnk jht sbnrny ad efek dr segi kshatan x chemisi..tq chemisi sbb byk mmbntu

Anonymous said...

sis,kalau benda tu dah lama,dah setahun lebih boleh jahit balik x?sbb sy ada tengok sy punye mcm bukaan ada besar mcm gambar* 2nd degree tear (kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur)
kalau basuh lepas buang air kecil akan rasa kat tapak tgn benda tu.sy ada cuba tolak takut peranakan jatuh ke tp,bila tolak ianya rasa kat dubur.mcm usus besar yg keluar kat situ

Anonymous said...

Nk tye la,ade ke luka jhitan tu smpi abis pantang bru elok?org ckp klo jga btol2 smgu je dh baik luka tu.tp sy dh 3mggu rsa mcm skt lg la..mkn sy jga,xtau ape sbb x elok2 lg..lg 1 sy ade bleeding kt dlm faraj n kna jhit belah dlm.camne nk baik kn belah dlm tu,mane bole sapu ubt kt dlm tu..

Qalisyah Nurul said...

Nak tanye sikit . sye dh sebulan lebih abis pantang , then jahitan sye penah terbuka . dokter just bgi ubat untuk cuci je . Tapi tak cantum pon .. kalo diminta jahit semule bole tk

Qalisyah Nurul said...

Nak tanye sikit . sye dh sebulan lebih abis pantang , then jahitan sye penah terbuka . dokter just bgi ubat untuk cuci je . Tapi tak cantum pon .. kalo diminta jahit semule bole tk

apengeda04 said...

Jahitan yg bahagian dalam tu akan pulih sendiri ka? Bagaimana kita nak tau luka jahitan bhgian dalam tu sudah sembuh?

sarah azwani said...

salam . if sya seperti kak kat atas , dah nak sampai setahun dah tapi baru rasa terbuka . bila bersama rasa xselesa macam nak terkeluar jubor . apa patut sya buat yaa ? tapi saya dah prggy lagi 1, patut ka saya biar saja sampai doc jahit semula masa baby lahir nnty ?

Unknown said...

Klau koyakan tahap 2 tapi nurse tu xjahit??..adakah koyakan tu boleh bercantum seperti seblum ni

Sher Mia said...

Perlukah saya minta dijahit slpn sebulan dari tarikh bersalin sbb saya risau koyakan tu tak bcantum..tq

KoTaK KoSonG said...

Untuk unknown, adalah mustahil nurse tidak menjahit luka pada tahap 2.. sebab luka tahap 1 pon boleh menyebabkan pendarahan, apatah lagi tahap seterusnya.

Puan Sher Ma, boleh mintak klinik kesihatan atau mana mana klinik sakit puan swasta untuk memeriksa luka puan..

Anonymous said...

Salam...sy da setahun 2 bulan selepas bersalin..tapi baru hari ni sy rasa terbuka sbb dlm beberapa hari ni sy ada rasa ngilu2 pada kawasan tu..bole ke kita jahit balik dan boleh ke luka tu bercantum semula ???

Post a Comment

thanks for commenting >.<