Friday, November 1, 2013

Tolong Lah, Vaccum saja... - Kelahiran Vaccum

Assalamualaikum wbt readers.. Huhu.. Pelik tajuknya kan.. Tapi itu biasa, lali menyapa pendengaran aku saban hari, lebih lebih lagi kalau sang ibu tengah dalam proses bersalin. Macam macam... Naik pening kepala dibuatnya, itu yang kadang kadang, darah pon turut naik ke kepala. Sakit pulak ati kite.. huhu~ Bukan sesenang itu untuk kami membuat keputusan untuk mem"vaccum" bayi anda ya para ibu. Bahkan, yang meminta rata rata tidak mempunyai pengalaman tentang Vaccum. Ok.. Jum, serba sedikit kelahiran menggunakan Vaccum. P/s: Jangan jumpa saya, dan kata "Tolong lah vaccum.. Pikirlah~"

Apa perkara pertama yang aku buat sebelum aku memulakan sesuatu post? Aku akan google terlebih dahulu.. Hahaha.. Public, biasanya akan menyalahkan perkhidmatan sekiranya berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini. Dan orang yang memberi perkhidmatan tersebut salah seorang daripadanya adalah aku. Huhu.. Sedih kite :( Sebagai seorang manusia, aku tidak mewakili mana mana pihak, tapi atas hati sendiri, aku mahu setiap ibu yang masuk ke dewan bersalin, akan keluar dengan gembira bersama bayinya, walau siapa pun ibu tersebut. Ikhlas. Itu kehendak aku sebagai seorang yang memakai baju putih. Oleh kerana itu, aku sangat marah (pergh.. marah ni) bila ibu request menda yang bukan bukan. Ok.. Jum jum.. melalut banyak pulak.

Assited delivery -Vaccum : Adalah satu kaedah membantu kelahiran bayi dengan menggunakan tekanan negatif bagi menarik penurunan kepala bayi. Satu Vaccum cup akan dilekatkan dengan bantuan suction (sedutan) ke keapala fetus (bayi) dan traksi (cengkaman) lembut dilakukan untuk melahirkan fetus.

Diantara sebab yang diperlukan untuk melakukan prosedur ini adalah :
Maternal (Ibu):
1. Prolonged 2nd stage of labor (jangkamasa yang lama semasa tahap kedua proses bersalin) yang terbahagi kepada dua iaitu : hypotonic uterine contraction (kontraksi yang tidak tetap, kurang kuat), Poor maternal effort (ini adalah sebab yang paling utama) - ibu sudah tidak mempunyai tenaga lagi untuk meneran tetapi, jangan anda fikir kelahiran menggunakan vaccum ini tidak memerlukan tenaga anda.. Ya.. anda masih perlu meneran. :)
2. Memendekkan 2nd stage of labor mungkin disebabkan ibu mengalami penyakit jantung, PIH (Pregnancy in hypertension) yang teruk, atau astma di mana proses kelahiran harus dilakukan dalam jangka masa yang singkat.
3. Outlet sempit sedikit, di mana kepala fetus sukar untuk melaluinya.
4. Previous LSCS (para ibu yang pernah bersalin secara pembedahan)
Fetus (anak)
1.Malposisi (OP)
2.Fetal distress 2nd stage of labour - 8cm (dalam bahasa mudahnya, denyutan jantung bayi tidak elok, atau bayi lemas semasa ibu hendak meneran atau bukaan pintu rahim telah membuka sebanyak 8cm)

Walaupun begitu, bukan semua ibu atau fetus yang boleh dibantu dengan cara ini. Bayi songsang, fetus abnorml, bayi pramasa dan face presentation, kesemua keadaan ini tidak boleh divaccum.





Bahagian bahagian Vaccum :
1. Cup : terdapat 3 size (4,5,6)
2.Tubing getah : disambung kepada sucker
3. Pump : Untuk menyedut keluar udara dari bottle.
4.Axis traction rod with bar disambungkan pada vaccum cup untuk traction
5. Pressure releasing valve - untuk melepaskan tekanan udara dari cup selepas prosedur selesai.



Sebelum kelahiran secara Vaccum dilakukan, berikut adalah perkara perkara yang perlu dilakukan :

1. Bius setempat
2. Teknik aseptik
3. membrane pecah
4. pundi kencing telah dikosongkan
5.Berlaku kontaksi uterus (perut mengeras dan sakit)
6. Cephalic presentation (kepala bayi di bawah)
7. Pintu rahim membuka lebih dari 8cm
8. Kepala telah memasuki ruang pelvik
9. Episiotomi (ruang vagina dibesarkan)

Garis panduan dalam kelahiran vaccum :
1. Bayi mesti dilahirkan dalam masa 15 minit.
2. Cup dipasangkan bahagian oksiput (tengkorak bahagian belakang kepala bayi) mesti dipasang jauh dari suture dan fontanel (ubun ubun)
3. Cup tidak boleh dipasang lebih dari 2 kali.
4. Perlu ada penurunan bayi setiap kali tarikan.
5. Selepas aplikasi cup, pemeriksaan vagina akan dilakukan - untuk memastikan tisu vagina dan serviks tidak tercengkam.

Dan jika prosedur ini GAGAL.. anda akan ditolak ke dewan bedah dengan segera. Bagi yang bersalin di hospital kerajaan, segala risiko dan tatacara akan kami terangkan kepada anda. Prosedur ini kami laku jika tiada pilihan lain untuk menyelamatkan bayi anda dan juga diri anda. 


Risiko risiko prosedur ini... antaranya adalah : 
1. Postpartum haemorrhage (pendarahan berlaku melebih 500ml selepas anda bersalin)
2. Kekoyakan perineum 
3. Kekoyakan serviks (pintu rahim)
4. Kecederaan pada pundi kencing, usus
5. Uterine prolapse (rahim terkeluar)
6. Vesicovaginal fistula (yang ni tolong google, time belajar dulu tak berapa nak concentrate.. hihi)
7. Infeksi (jangkitan)
8. Intra cranial haemorrhage (pendarahan dalaman kepala bayi)
9. Scalp neurosis
10. Jaundis berikutan cephalhaetoma (pengumpulan darah beku dalam kepala)





Tribute to : KJMPD Jan'2011

6 comments:

Amira Kalisya said...

eee.. takutnya ... mujurlah x pernah nak mintak vacuum pun..

Amira Kalisya said...

eee.. takutnya ... mujurlah x pernah nak mintak vacuum pun..

KoTaK KoSonG said...

hehe.. kalau boleh, jangan la mintak.. banyak risiko.. melainkan para doktor tiada pilihan :)

Kyla Pearlisha said...

Blogwalking disini.info yg bagus.Wahh seramnye,Saya plk sedang tnggu hari nk bersalin huhuh

Mohammad Uzairi said...

salam, nak tanya skit..
1.klw kt hospital kerajaan boleh pilih tak doktor perempuan untuk check vagina isteri?
2.ade terdapat dalam procedure tak untuk menekan perut ibu mengndung dengan siku ketika proses bersalin. sb ia terjadi pada isteri sy sendiri.. ini link untuk contoh perlakuan tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=pM4rfE67bqE

Mohon penerangan..tq.. ^.^

Mama Lina said...

Cik Misi, ada sesetangan ibu yg kata bukaan 6cm doc dah bg teran boleh ke, sbb setau sy bukaan 10cm baru boleh baby keluar,,ke mcm mana? konfius pula.

Post a Comment

thanks for commenting >.<