Thursday, July 25, 2013

Hari Terakhir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Selamat tinggal kawanku ~ ewah.. mood tetiba rasa nak menyanyi lak di bulan puasa yang sejuk ni (mau tak sejuk kalau terperap dalam ekon?) Hari ni (kalau cuti aku eso diluluskan) Insha Allah akan menjadi hari aku yang terakhir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Putrajaya dan mungkin juga menjadikan hari aku yang terakir sebagai warga Putrajaya. Huhu.. Selamat tinggal Putrajaya, mana mungkin aku lupa port aku dengan William suatu ketika dahulu. Kuikuikui.. William semakin uzur, semakin tenat, aku pun tidak mampu berbuat apa apa tentangnya...

Sebagai seorang kakitangan yang sementara, aku ditugaskan bukan dengan tugas hakiki, tapi apa nak buatkan, terima saja lah .. Sudah menjadi ketentuan aku sebegitu. Hehehe..

Wednesday, July 24, 2013

Menukar button Read More dengan Mudah dan senang

Setelah banyak kali mencuba method yang berlain. Method yang sesimple ni jugak lekat ngan karekter blog aku. Hasil usaha sendiri okay >.<

Mari belajar.. Seperti biasa Login ke blogger -> Template Tab -> Edit HtML

Cari (Ctrl + F) <data:post.jumpText/> dan tukar dengan link imej yang anda kehendaki.

Contoh :

<b:if cond="data:post.hasJumpLink">
</b:if><br />
<div class="jump-link">
<a expr:href="data:post.url" expr:title="data:post.title" href=""><img src="http://your-image-URL.gif" /></a>
</div>
Selamat mencuba.. Hehehe

Update (11/12/2015)

CM sertakan satu button read more yang CM buat sendiri. Insyallah kalau ada idea lagi, CM update.



http://2.bp.blogspot.com/-xGqBapOL1x8/VmrnRD5t_KI/AAAAAAAADBY/oyEwGEJwb7g/s1600/readmore.png



http://3.bp.blogspot.com/-Wilj0320RxM/VmrvePaY9dI/AAAAAAAADBo/keSVAV7A15A/s1600/readmore1.png



http://3.bp.blogspot.com/-r4WhQ012YDc/VnF9I8zOQDI/AAAAAAAADEY/jdh900Qdk1s/s1600/read%2Bmore%2Bbuble.png



http://3.bp.blogspot.com/-JGDDoKWurPE/VnKPaLUOrlI/AAAAAAAADFc/a8SKasgpFXY/s1600/readmore2.png

Cara Memasang Auto Read More

Jika anda sedang mencari bagaimana untuk meletakkan  read more pada blog anda,disini saya akan tunjukan cara baru membuat Read More.Perkataan Read more atau baca seterusnya  adalah biasa terdapat pada mana blog dan web.Tapi kali ini agak berbeza dengan yang terdahulu kerana sistem auto Read More kali ini,kita tidak perlu lagi menulis kod sebelum posting seperti <div class="fullpost">  dan sebahagian lagi setelah <div class="fullpost"> kerana dengan sistem auto read more ini semua posting kita akan terpotong dengan sendirinya. Selain itu juga sekiranya terdapat gambar dalam posting,ia terpapar dalam bentuk thumbnail pada halaman hadapan secara Automatik,tanpa perlu menukar apa apa setting lagi.
dibawah ini adalah contoh paparan Auto read more ini: 

Aku La Kotak Kosong

Setelah sekian lama menggunakan nama Cahaya Afina, yang sebenarnya semakin sebati dalam diri, aku mula berubah arah ~ Memilih Kotak Kosong sebagai nama pena ku yang entah ke berapa :P Walah walah walah.. post kali ini tidak bermakna apa apa, sekadar untuk membuang masa sementelah aku hanya mempunyai masa hanya 2 hari saja lagi untuk melenjan internet opis dengan sepuas hati nya. Wakakakakaka


How to Increase the internet speed

nota diri sendiri bila tenet tersipu malu berjalan belengang berimara ibarat itik pulang petang...Terasa sakitnya hati bila kelajuannya semakin menenatkan diri umpama siput sedut yang confius bahawasanya cengkerang masih ada atau tiada. ekekekeke

First of all.. Copy and paste from Toward Heaven Blogspot

1] go to desktop->My computer-(right click on)->properties->then go HARDWARE tab-> Devicemanager-> now u see a window of Device manager
then go to Ports->Communication Port(double click on it and Open).
after open u can see a Communication Port properties.
go the Port Setting:----
and now increase ur "Bits per second" to 128000.
and "Flow control" change 2 Hardware

Tuesday, July 23, 2013

How to Upload own template to new blogger setting

Hi readers.. Base on my experience, it is quite confusing to use the latest version of blogger. So, here is the solution.. Hoooray.. Oh my english :(

1. Login to blogger

Contoh Surat Pelepasan Jawatan Dengan Izin

Memandangkan aku baru saja selesai membuat surat pelepasan jawatan dengan izin, so tangan mula rasa gatal untuk menguploadnya dalam blog bila aku tahu betapa susahnya untuk mencari contoh surat rasmi ini. Semoga bermanfaat :) 
Marry Anne
Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
64200 PUTRAJAYA

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
64200 PUTRAJAYA

Tuan

PELEPASAN JAWATAN DENGAN IZIN BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Saya Marry Anne (85xxxx-xx-xxxx) Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N17 yang sedang berkhidmat di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dengan ini memohon untuk melepaskan jawatan dengan izin bagi membolehkan saya menjawat jawatan baru iaitu Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Tarikh pelepasan jawatan dengan izin ini berkuatkuasa dengan tarikh saya melapor diri ke jawatan baru. Bersama sama dengan ini, saya sertakan lampiran surat panggilan untuk melapor diri untuk tindakan tuan.

2.       Segala kerjasama dan perhatian tuan berhubung dengan perkara ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih


(MARRY ANNE)
22/07/2013

Monday, July 8, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum readers....

Tinggal beberapa hari lagi ramadhan mula menampakkan dirinya, Semoga ramadhan yang bakal tiba ini lebih baik daripada yang terdahulu. Bagiku sendiri, ramadhan kali ini lagi terasa manisnya kerana aku akan berpuasa bersama dengan ahli keluarga setelah 2 tahun berpuasa bersama kawan kawan. Ianya agak Epic. Huhu..

Tahun ini, tanggungjawap aku terhadapa keluarga yang akan memungkinkan aku untuk bangun awal. Kalau sebelum ini, sahur itu entah ya entah tidak, aku main langgar, tahun ini jangan harap aku cuba untuk skip sahur aku. Memang confirm kena marah.. waakakakakaka.. Bekerja di waktu puasa, semoga kita diberi hidayah dan ganjaran setimpal dengan usaha kita. :)

Selamat berpuasa semua.. Jaga solat dan ibadah kita :)

Contoh Surat Panggilan kepada Ibu Bapa

Berikut adalah contoh surat panggilan kepada ibu bapa atau penjaga apabila murid melakukan sebarang salah laku. Credit to Cikgu Ahmad Bin Lili

Friday, July 5, 2013

Langkah sebelum menjadi Misi

Salam Jumaat readers... 5 hari sudah aku meninggalkan title pelatih. Dan telah lima hari juga aku berkhidmat semual dengan kerajaan. Oh.. aku lupa nak beritahu, sebelum aku menerima tawaran untuk menjadi seorang jururawat masyarakat, pada hakikatnya aku seorang penjawat awam yang telah pun disahkan jawatannya. Huhu.. Dan jawatan yang aku sandang sebenarnya memang jauh menyimpang dari apa yang aku pohon. Biasa lah, aku memang gila.

Wednesday, July 3, 2013

Tamatnya sebuah latihan

Hari dua hari telah melepasi bulan Julai dan sebenarnya, dua hari juga latihan aku telah ditamatkan. aaaaahh.. Indahnya dunia bila aku mendapat kembali kehidupan yang selama ini aku rindukan. Tidak terlalu terikat dengan peraturan yang dicipta oleh manusia. Gelaran aku sebagai seorang jururawat masyarakat pelatih dengan rasminya terlucut pada 30.06.2013 mengikut perjanjian yang telah ditandatangani. Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson aku tinggalkan dengan suka rela. Muahahaha.. bukan aku tidak mengenang jatuh bangun aku sebagai seorang pelatih petugas kesihatan, tapi aku pernah merasa kehidupan yang lagi selesa daripada itu. Mana mungkin aku lupa segala jasa jasa pengajar dan klinikal intructor aku yang selama ini begitu tabah membimbing aku agar aku tidak jauh terbabas. Wakaka.. tapi aku tetap merindui kehidupan aku yang sekarang, yang mana aku boleh keluar bila bila masa tanpa perlu risau warden akan menunggu di depan muka pintu. Itu yang penting sebenarnya. Aku tidak rela 'tersimpan' dalam kurungan.

Bila tamatnya latihan, secara automatik, aku telah pun disediakan untuk menjadi seorang jururawat yang terlatih. Yang diberi harapan untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Dan secara jujurnya, aku agak takut untuk menghadapi semua itu. Selama ini aku bertugas dengan mesin, dengan komputer, dengan kertas, kalau terdapat kesilapan, aku campakkan saja dalam tong sampah, tapi bila bakal melibatkan nyawa orang, aku nak campakkan ke mana? Huhu.. Itu yang membuatkan aku agak sedih bila terpaksa meninggalkan KJMPD, lindungan serta kurungan yang kadang kala menyeksakan itu telahpun terlerai, kurungan yang melindungi aku selama ini. Dan selepas ini, semua tindakan aku akan dibawah risiko aku yang tersendiri. Harap harap aku akan menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan.